Malaysia Island Innovation Challenge launched | Cabaran Inovasi untuk Pulau-Pulau di Malaysia dilancarkan

Call for proposals now open until 2 September 2024, up to USD$40,000 worth of grants available

August 1, 2024
a group of blue and green water

Untuk versi Bahasa Melayu siaran akhbar ini, sila gulir ke bawah halaman web.


KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 August 2024 - The new Malaysia Island Innovation Challenge was launched today by the United Nations Development Programme (UNDP) with support from the Ministry of Finance to spur collective local action for waste management for the country’s islands.

timeline

The aim of the challenge is to promote innovative local waste management solutions to localise sustainable tourism, enhance the well-being and socio-economy of local communities, and ensure environmental sustainability. Key waste issues that the challenge seeks to address include plastic waste, food waste, water pollution, and carbon emissions.
 


Presently, unsustainable waste management practices on Malaysia’s islands pose major threats to the environment, local communities, and the tourism industry. These threats include negative environmental impact, health risks, harm to community well-being, and degradation of valuable tourism assets.

Research by the Ministry of Finance and UNDP has found that plastics and food waste represent more than 70% of waste produced on the country’s islands, mainly generated at resorts, food establishments, and among local communities. Waste collection was also found to increase by more than tenfold during holiday periods, highlighting the need for the private sector, local government, and communities to take proactive roles in waste management systems.

The challenge aims to mitigate such negative impacts of mass tourism and preserve the country’s tourism assets, given the industry’s role as one of the nation’s major economic sectors and contributors to gross domestic product (GDP).

"Resolving local waste management is critical to safeguarding the sustainability of ecosystems and preserving the natural beauty of our islands in Malaysia. In line with Ekonomi MADANI, we require a collective approach, bringing together local communities, the resorts and the government to address the island waste management issue. We welcome UNDP's innovation challenge, especially in bringing together all the stakeholders to initiate and pilot new ideas and approaches.", said Datuk Johan Mahmood Merican, Secretary General, Ministry of Finance, Malaysia.

“Managing waste is a complex challenge at destination islands around the world. A combination of infrastructure deficits, lack of punitive administrative action on polluters, and public apathy towards waste are not only making our beaches and waterways full of trash, but also disturbing some of our most fragile ecosystems. The islands of Malaysia are major biodiversity hubs, just as they are tourist attractions. We must work to co-create solutions that will protect our islands, bring in tourism revenues, ensure that future generations get to cherish and enjoy these precious habitats.”, said Niloy Banerjee, Resident Representative of UNDP Malaysia, Singapore, and Brunei Darussalam.

The challenge is to open it to all registered Malaysian stakeholders, including government bodies, private companies, NGOs, community groups, and universities. The challenge also requires that submissions foster partnerships between two or more local stakeholders, which may include (but are not limited to) formats such as collaborations, shared funding, or joint programs. Local stakeholders can extend to local government, local community associations (e.g. village community organisations), and local NGOs.

Successful applicants to the challenge will receive up to USD$40,000 to implement waste management initiatives on any Malaysian islands that receive tourists. They will also receive technical assistance to support the development of the proposed initiative. Up to five organisations will receive prize funding.

The deadline for applications is 2 September 2024. For more information and to apply for the challenge, visit islandinnovationchallenge.com.  

For enquiries, kindly contact: Faizal Adli Zainudin, UNDP Project Associate, faizal.adli.zainudin@undp.org

- END-


 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2024 - Cabaran Inovasi untuk Pulau-Pulau di Malaysia telah dilancarkan hari ini oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan sokongan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk merangsang tindakan tempatan yang kolektif bagi pengurusan sisa untuk pulau-pulau di negara ini.

timeline

Matlamat cabaran adalah untuk menggalakkan penyelesaian pengurusan sisa tempatan yang inovatif untuk pemnyokong pelancongan mampan di peringkat tempatan, meningkatkan kesejahteraan dan sosio-ekonomi masyarakat tempatan, dan memastikan kelestarian alam sekitar. Isu-isu sisa utama yang cuba ditangani oleh cabaran ini termasuklah sisa plastik, sisa makanan, pencemaran air dan pelepasan karbon.
 


Pada masa ini, amalan pengurusan sisa yang tidak mampan di pulau-pulau Malaysia menimbulkan ancaman besar kepada alam sekitar, masyarakat tempatan dan industri pelancongan. Ancaman ini termasuklah kesan negatif kepada alam sekitar, risiko kesihatan, kemudaratan kepada kesejahteraan masyarakat, dan kemerosotan aset-aset pelancongan yang berharga.

Penyelidikan oleh Kementerian Kewangan dan UNDP telah mendapati bahawa plastik dan sisa makanan mewakili lebih daripada 70% sisa yang dihasilkan di pulau-pulau di negara ini, terutamanya yang dijanakan di pusat peranginan, kedai-kedai makan, dan di kalangan masyarakat tempatan. Kutipan sisa juga didapati meningkat lebih daripada sepuluh kali ganda semasa musim cuti, menonjolkan keperluan untuk sektor swasta, kerajaan dan komuniti tempatan untuk memainkan peranan proaktif dalam sistem pengurusan sisa.

Cabaran ini bertujuan untuk mengurangkan impak negatif pelancongan besar-besaran dan memelihara aset-aset pelancongan negara, memandangkan peranan industri ini sebagai salah satu sektor ekonomi utama negara dan penyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Menyelesaikan isu pengurusan sisa tempatan adalah penting untuk menjaga kelestarian ekosistem dan memelihara keindahan semulajadi pulau-pulau kita di Malaysia. Selaras dengan Ekonomi MADANI, kita memerlukan pendekatan kolektif yang menggabungkan usaha daripada komuniti tempatan, pusat-pusat peranginan (hotel resort) dan pihak kerajaan untuk menangani isu pengurusan sisa pulau. Kami mengalu-alukan Cabaran Inovatif UNDP terutamanya dalam menyatukan semua pihak berkepentingan untuk memulakan dan merintis idea dan pendekatan baharu", kata Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

“Menguruskan sisa merupakan satu cabaran yang kompleks di pulau-pulau destinasi di seluruh dunia. Gabungan kekurangan infrastruktur, kekurangan tindakan pentadbiran untuk menghukum para pencemar, dan sikap tidak peduli orang ramai terhadap sisa bukan sahaja menyebabkan pantai dan laluan air kita penuh dengan sampah, tetapi juga mengganggu beberapa ekosistem kita yang paling terancam. Pulau-pulau di Malaysia adalah hab biodiversiti utama dan juga tarikan kepada para pelancong. Kita mesti berusaha untuk bersama-sama mencipta penyelesaian yang akan melindungi pulau-pulau kita, meningkatkan hasil pelancongan, dan memastikan generasi yang akan datang dapat menghargai dan menikmati habitat berharga ini”, kata Niloy Banerjee, Wakil Residen, UNDP Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Cabaran ini terbuka kepada semua pihak berkepentingan Malaysia yang berdaftar, termasuk badan kerajaan, syarikat swasta, NGO, kumpulan komuniti, dan universiti. Cabaran ini turut menekankan penyertaan yang memupuk kerjasama antara dua atau lebih pihak berkepentingan tempatan, yang boleh merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) format seperti kolaborasi, pembiayaan yang dikongsi bersama atau program bersama. Pihak berkepentingan tempatan ini termasuklah pihak kerajaan tempatan, persatuan komuniti tempatan (contohnya organisasi komuniti kampung), dan NGO tempatan.

Pemohon yang terpilih bagi cabaran ini akan menerima sehingga USD$40,000 untuk melaksanakan inisiatif pengurusan sisa di mana-mana pulau di Malaysia yang menerima para pelancong. Mereka juga akan menerima bantuan teknikal bagi menyokong pembangunan inisiatif yang dicadangkan. Sehingga lima organisasi akan menerima pembiayaan dana.

Tarikh tutup untuk permohonan ialah 2 September 2024. Untuk maklumat lanjut dan memohon cabaran tersebut, lawati islandinnovationchallenge.com.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Faizal Adli Zainudin, Associate Project UNDP, faizal.adli.zainudin@undp.org 

- TAMAT-